Thursday, July 28, 2011

kelahiran 26/7/1990 dan transformasi wajah


            Uwek uwek uwek! lahirnya seorang bayi lelaki di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, tarikh pada hari tersebut ialah 26/7/1990, beliau merupakan anak yang keempat daripada lima orang adik beradik, dan di beri nama MUHAMMAD FAIZ BIN ALI iaitu aku lah! siapa lagi, si empunya diri dan nama.

           Bermula lah kisah perjalanan hidup aku sebgai seorang anak dan hamba-NYA, disebalik kelahiran aku, keluarga aku bercerita, mereka sebenarnya kepingan anak perempuan, tup! tup! aku lak yg kua, ahahhah! (macam tak diundang je, sob sob sob sedih sedih ;D ) , semasa mak aku mengandung, aku dikatakan nakal dan degil, tendang perut mak aku...cis! bedebah kau budak, jgn salahkan aku, aku tak tau pape, dan bilik tahanan sementara (menunggu waktu bersalin) mak aku  plak, bilik 1st class....amboi....mak aku kata disebabkan ayah aku layak dapat bilik tu, layak sebab apa aku pun tak tau la...tetapi yang untungnya adik beradik aku, aku seorang je dalam bilik 1st class,eheheheh( kembang hidong sekejap), dan yang tak besnye, kesian mak aku berseorangan di bilik tersebut, tak da kawan...da dalam hospital tu, paham paham jela, aktiviti siapa yang aktif di waktu tgh malam, berani sungguh maka aku :) , cayalah mak!

          Pejam celik pejam celik, da membesar pun aku....selepas da pandai bercakap tu, aku mintak mak dan ayah, " mak nk adik nk adik" "nk adik perempuan nnt ley teman mak" mak aku pun senyum je...alhamdulillah, anak yang kelima, dapat juga sekuntum bunga di dalam adik beradik kami, eh eh eh....aku nk cerita pasal aku bukan adik aku, ahahahahha, semasa kecil aku ni nakal sampai lah menengah... terlalu aktif, longkang parit lombong hutan pokok suma aku redah,sukan pulak bola sepak, badminton,kriket ,lumba lari, lompat jauh , konda kondi, gasing, batu seremban, tutop botol...arrrgghhh sume la aku pernah main, dan bila kua tu macam office hour + over time yela mana taknya, kua kul 8 pagi balik da nk magrib, haisshhh...faiz faiz...kesian mak ayah aku...dek kerna kedegilan aku sampai ada dorg mencari aku dek takot sesuatu buruk berlaku kt aku, yela dulu time umo darjah darjah mana pakai hp, dak sekarang advance...tadika pun da de hp, ahhahahah...dari warna kulit aku cerah terus menjadi hitam manis..tula...degil punye pasal, asyik merayau je, ahhahahhhah! padan muka kau faiz!

          Dalam kedegilan aku ni, aku ni sebenarnya pemalu orangnya..sampai la sekarang, tapi sifat pemalu aku ni datang masa aku berumor 13 tahun iaitu masuk tingkatan 1 , tak tau apa yang mempengaruhi aku, sampai aku jd pemalu sebegini lebih lebih lagi berhadapan dengan perempuan, teringat aku masa sekolah menengah   member aku mengusiksampai muka telinga aku jd merah, hahahhah...sedangkan masa sekolah rendah aku lah hero...dengan perempuan  perempuan aku sakat.., dan lagi satu oleh kerana keluarga aku berharap kelahiran aku ni adalah perempuan, akhirnya tangan aku ni pandai memasak jadinya, ahahahah, aku pun suka memasak, tapi biasa biasa jela...pernah juga memasang cita cita untuk menjadi chef...tapi akhirnya aku memutuskan untuk belajar di bidang kejuruteraan awam, untuk memasak aku akan jadikan ia sebagai hobi...untuk future wife aku, nnt kita memasak sama sama ye :)

           Haaaa...ringkasan cerita, aku memulakan perjalanan aku sebagai seorang pelajar di TASKA AL IKHWAN seterusnya sekolah rendah di SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK GADONG dan SEKOLAH RENDAH AGAMA KG DELEK selepas itu  SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONG kemudian berpindah ke SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLANG  seterusnya menyambung pelajaran di POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH.

           Akhir kata, ayah mak abg adik love u all, ahah! mari lihat gambar berukuran passport aku, tranformasi wajah ;)

ni sebelum masuk taska
kembang hidong semangkuk
baju power rangers hero aku
ni umor 5 tahun
pakai baju taska
 tak ingat tingkatan bape
mata entah pandang mana
ini tingkatan 4
nak masuk sekolah teknik

ini plak adalah aku yang suda matang
amboi...
matang kah, hahahahah