Sunday, September 4, 2011

Jasin Melaka

         Assalamualaikum readers! camna hari raya korg? balik kampung tak ? di mana? meriah tak? meriah!, alhamdulillah...hmmm, entry kali ni is about kampung aku disebelah  ayah "Pekan Chin Chin di daerah Jasin Melaka" , itula namanya. Agak lama  bukan 1 or 2 tahun aku tak balik kampung tapi secara kasarnya mungkin dekat 10 tahun gak la aku tak balik. Kenapa dan Mengapa? haa.... R.A.H.S.I.A, every people hav their own secret rite.Biasalah setiap manusia di duniawi ni ada masalah, dugaan, cabaran dan  perihal masing masing, diatas sebab sebab tersebut gak la lama aku tak balik kampung.

         Pada hari raya ke 5 aku balik kampung.Sepanjang perjalanan, terkenang aku masa balik kampung dulu dulu, kenangan yang indah semuanya walaupun kadangkala menyakitkan hati, alaaa budak budak time tue, gado sana gado sini biasala kn, ehehe.Ladang kelapa sawit dan pokok getah menemani pemandangan aku sejurus sahaja masuk ke Melaka, tenang rasanya tgk kawasan tersebut, mungkin bagi anda(readers) "apa ada pemandangan kelapa sawit dan pokok getah lain lah pantai ke laut ke" TAPI itula yg aku rasa, tenang.Boleh plak da kt Melaka tu tetiba kt radio maen lagu aizat - sungai lui mcm tau tau je aku tgh odw balik kampung, memang layan habis.Lebih kurang 2 jam perjalanan sampai la kami ke kampung Pekan Chin Chin di daerah Jasin .

         Kedatangan kami disambut oleh Tok Cik (nenek aku la).Lama tak berjumpa byk la yg diborak, KEKOK itu la yg aku rasa, tapi dek kerana keramahan famili Tok Cik ni buat aku rasa tak kekok rasa macam selalu berjumpa je walhal lama tu tak jumpa. Sampaikn nama anak Tok Cik pun aku lupa...issh! terok betul aku ni, huhuh dalam kul 5 famili aku ajak kua jalan jalan kt tasik Tebat. Kami ditemani oleh Cik Fadhilah (auntie aku), sampai sana, betul betul mengimbau kenangan lebih lagi bapak aku, byk la yg di ceritanya berenang kt tasik tula, abg aku pun sama dulu dia pernah g tasik tu, dan aku plak...tak ingat pape ish ish ish. (-__-'') .


         After jalan jalan kt tasik tu, aku g kedai ngan abg aku, naek basikal Tok Cik. Jalan kecik yg aku lalu mengingatkan aku waktu dahulu, berlari berkejaran berjalan ke kedai ....HAH!!! ini aku ingat, sangat familiar kedai tu kedai Ahek!  namanye,dulu masa kecik kecik aku kerap g kedai tu ngan Mat , beli mainan, jajan, bateri kete tamiya  macam macam la.Kedai tu! masih seperti dulu...bau pun sama ahah :D busuk ja..dek kerna taik burung. Haaa RINDU rasenye dulu dulu...tapi itu dulu...what past is past but the memories till the end of time because it's so precious.Byk yg nk ditulis tapi terlalu panjang plak, cukupla setakat ni biala aku simpan di hati ;) , TERIMA KASIH SEMUA.


"Bulan yang mulia tiba lagi, 
Hari raya kelima tibanya kami disini,
Semoga salah silap kami akan di maafi,
Selamat hari raya aidilfitri"

"Saudara mara ku di sana sini,
Jasin Melaka kampung yang aku rindui,
Kenangan yang diukir lalu akan ku sebati,
Semoga bertemu kita kali ini sebagai penguat ikatan silaturahim hingga akhir nanti"

"Tok Cik dan famili ramah sekali,
Hidangan yang disajikan sedap hingga menjilat jari,
Terima kasih di atas segala layanan yang diberi,
Insyaallah berjumpa kita lagi di kemudian hari"

22 km lagi...

"Jasin"

R&R

sampai suda ruma Tok Cik

tasik Tebat
 bro "peace"

senyum senyum

;D
termenung jaoh ye bang

kt depan kedai ahek ni!

kayuh la dengan sesungguhnya.
hmm..bila agaknya korg last nek basikal cmni ye...